Hijab. Credit To Anis Amira

Assalamualaikum w.b.t.
Peace yaw (Y)^^

Anak Kampung . Ehh? Smile ;>


Halooo. Anneyong. Sihat korang semua? yaaa, sekarang kita nmpak makin ramai anak gadis yang dah berhijab yaa include me ! Tapi ramai yang pakai mengikut fesyen, bukan untuk menjaga aurat atau maruah, right. Kadang2 kita salah mengunakan fesyen tudung zaman kini. tak salah nak up to date but korang kan boleh fesyen kan tudung tu dengan macam2 cara asalkan menutup aurat, right? Macam2 cara tudung kita nampak :-

•► Tudung ‘Mickey Mouse’
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.


••► Tudung Lilit
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala te......
rmasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.


••► Tudung ‘See Through
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.


••► Tudung Jambul
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

••► Tudung ‘Singlet’
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.


••► Tudung Saji
Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi..


Credit : Anis Amirah


Note Purple : Berhijab lah dengan sempurna. Hanya menutup aurat yang dapat membezakan wanita Islam dengan wanita kafir. Note untuk diri sendiri jugak ! Sekian ^^


✖ ThankYou Fer Reading . Click Like Kalau Suke . Please ! Leave Your Comment ✖